Wednesday 16 August 2017

CERAMAH MOTIVASI WARIS DAN MURID TAHUN 6 SESI 2017


Jawatankuasa Guru Tahun 6 dan Unit Bimbingan Kaunseling SKSP telah menganjurkan Ceramah Motivasi Waris dan Murid Tahun 6 Sesi 2017.
Ceramah ini telah diadakan pada hari Ahad, 13 Ogos 2017 bertempat di Dewan Hajjah Ramlah SK Sungai Petani.
Pihak sekolah mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua waris yang sudi melapangkan masa untuk hadir dalam majlis ini.
Semoga dengan kerjasama semua pihak anak-anak didik kita yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR dapat menjawab dan mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.