Saturday 2 March 2013

PENUBUHAN ALUMNI SK.SUNGAI PETANI

Assalamualaikum dan Salam sejahtera...
Untuk makluman semua pelajar SKSP dan bekas pelajar SKSP, pihak PIBG SKSP dengan kerjasama pihak sekolah SKSP akan menubuhkan KELAB ALUMNI SK.SUNGAI PETANI. Tujuan penubuhan kelab alumni ini adalah untuk menjalankan beberapa aktiviti bersama antara pihak sekolah sekarang dengan bekas pelajar SKSP. Disamping itu juga ia bertujuan merapatkan hubungan silaturahim antara warga SKSP sekarang dan sesama bekas warga SKSP.

Sebagai langkah permulaan, pihak PIBG perlu mengumpul terlebih dahulu bekas pelajar SK.Sungai Petani. Selepas itu, pihak PIBG akan menghubungi bekas pelajar yang mendaftar sebagai ahli alumni untuk mekluman seterusnya. Blog ini juga akan dijadikan sebagai medan perantara untuk menyampaikan makluman.

Oleh demikian, bekas pelajar Sk.Sungai Petani yang berminat bolehlah mendaftar sebagai ahli ALUMNI SK.SUNGAI PETANI secara online melalui borang pendaftaran yang disediakan.

Kerjasama dan sokongan anda semua amat kami hargai dan diucapkan berbanyak terima kasih.