Wednesday 16 August 2017

CERAMAH MOTIVASI WARIS DAN MURID TAHUN 6 SESI 2017


Jawatankuasa Guru Tahun 6 dan Unit Bimbingan Kaunseling SKSP telah menganjurkan Ceramah Motivasi Waris dan Murid Tahun 6 Sesi 2017.
Ceramah ini telah diadakan pada hari Ahad, 13 Ogos 2017 bertempat di Dewan Hajjah Ramlah SK Sungai Petani.
Pihak sekolah mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua waris yang sudi melapangkan masa untuk hadir dalam majlis ini.
Semoga dengan kerjasama semua pihak anak-anak didik kita yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR dapat menjawab dan mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.

Sunday 30 April 2017

HARI KEUSAHAWANAN 2017 SK SUNGAI PETANI


SK SUNGAI PETANI AKAN MENGADAKAN HARI KEUSAHAWANAN PADA HARI AHAD 30 APRIL 2017 BERMULA JAM 8.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.30 TENGAH HARI BERTEMPAT DI DATARAN SKSP.

PELBAGAI ACARA DAN GERAI JUALAN MENARIK TEDAPAT SEPANJANG HARI KEUSAHAWANAN INI BERLANGSUNG.

DATANGLAH BERAMAI-RAMAI. BAWALAH SEISI KELUARGA. MARILAH KITA MEMBELI SAMBIL MENDERMA.

Thursday 20 April 2017

SAMBUTAN HARI AUTISME PERINGKAT SEKOLAH

Sambutan Hari Autisme peringkat sekolah telah diadakan pada hari Ahad, 9 April 2017 bertempat di Dewan Al-Farabi SK Sungai Petani. Guru Besar Sk Sungai Petani, Encik Yusof bin Abdullah telah merasmikan Majlis Sambutan Hari Autisme peringkat sekolah pada tahun ini.

Objektif Hari Austisme:

  • Memberi peluang kepada semua anak2 autisme untuk yakin, berani dan kreatif. 
  • Melatih kemahiran berinteraksi dalam kumpulan.
  • Meningkatkan keyakinan peserta/anak untuk berdikari dalam suasana berkumpulan.
  • Membuka ruang & peluang untuk ekspresi diri















Monday 13 March 2017

PELANCARAN PROGRAM TASK FORCE VLE FROG PERINGKAT SEKOLAH 2017




TARIKH:
20 FEBRUARI 2017

TEMPAT:
DEWAN SK SUNGAI PETANI

ANJURAN:

JAWATANKUASA PROGRAM TASK FORCE VLE FROG
SK SG PETANI



1.      PENGENALAN
Program   ini   dilaksanakan untuk   mewujudkan   suasana   baru   dalam   pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan internet sepenuhnya dengan menggunakan program VLE FROG bagi menyokong pembelajaran abad ke-21.

1.1  VLE   iaitu   Virtual   Learning   Environment   merupakan   komponen perkhidmatan di dalam 1 BestariNet untuk memudahkan guru dan murid berinteraksi secara maya . Perlaksanaan VLE merupakan tunjang utama di sediakan di dalam perkhidmatan   1BestariNet dimana   penggunaan   internet   dilaksanakan   secara   menyeluruh didalam proses pengajaran dan pembelajaran
1.2  Memastikan penglibatan yang menyeluruh di antara semua warga sekolah dalam penggunaan VLE Frog
1.3  Memastikan dan menggalakkan guru dan murid menggunakan platform VLE Frog untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai KPI yang ditetapkan iaitu penggunaan 100% setiap minggu serta penggunaan sekurang-kurangnya 30 minit bagi setiap murid dan guru setiap minggu

2.      OBJEKTIF
Objektif utama pelan pemantapan penggunaan VLE 1BESTARINET 2017 ini ialah :
2.1  Mencapai matlamat KPI iaitu penggunaan 100% setiap minggu.
2.2  Menggalakkan murid belajar secara maya walau dimana berada.
2.3  Menggalakkan guru mengintegrasi VLE-FROG dalam pengajaran dan pembelajaran(PdP)  abad ke-21
2.4  Menggalakkan guru memberi tugasan kepada murid melalui VLE-FROG dengan menggunakan aplikasi Frog Assignment
2.5  Mewujudkan budaya penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
2.6  Mengoptimakan penggunaan peranti Yes Altitude yang diterima oleh guru-guru 





























Sunday 12 March 2017

UJIAN PENGESANAN MAC 2017

 

UJIAN PENGESANAN MAC 2017

UJIAN PENGESANAN MAC AKAN DIADAKAN MULAI 13.03.2017(ISNIN) SEHINGGA 15.03.2017(RABU) INI.

BERIKUT ADALAH JADUAL UJIAN PENGESANAN MAC 2017 UNTUK MURID TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6.



KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SUNGAI PETANI 2017






SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI TELAH MENGADAKAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2017. KEJOHANAN SUKAN ITU TELAH DIADAKAN PADA HARI RABU, 8 MAC 2017 DI PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI. KEJOHANAN YANG BERMULA PADA JAM 2.30 PETANG ITU TELAH MEMPERTANDINGKAN 16 ACARA AKHIR YANG DIADAKAN PADA PETANG ITU SEMENTARA 18 ACARA LAGI TELAH DEPERTANDINGKAN PADA HARI SEBELUMNYA. KEJOHANAN SUKAN INI TELAH DIRASMIKAN OLEH GURU BESAR SK SUNGAI PETANI EN. YUSOF BIN ABDULLAH.