Monday 13 March 2017

PELANCARAN PROGRAM TASK FORCE VLE FROG PERINGKAT SEKOLAH 2017




TARIKH:
20 FEBRUARI 2017

TEMPAT:
DEWAN SK SUNGAI PETANI

ANJURAN:

JAWATANKUASA PROGRAM TASK FORCE VLE FROG
SK SG PETANI



1.      PENGENALAN
Program   ini   dilaksanakan untuk   mewujudkan   suasana   baru   dalam   pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan internet sepenuhnya dengan menggunakan program VLE FROG bagi menyokong pembelajaran abad ke-21.

1.1  VLE   iaitu   Virtual   Learning   Environment   merupakan   komponen perkhidmatan di dalam 1 BestariNet untuk memudahkan guru dan murid berinteraksi secara maya . Perlaksanaan VLE merupakan tunjang utama di sediakan di dalam perkhidmatan   1BestariNet dimana   penggunaan   internet   dilaksanakan   secara   menyeluruh didalam proses pengajaran dan pembelajaran
1.2  Memastikan penglibatan yang menyeluruh di antara semua warga sekolah dalam penggunaan VLE Frog
1.3  Memastikan dan menggalakkan guru dan murid menggunakan platform VLE Frog untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai KPI yang ditetapkan iaitu penggunaan 100% setiap minggu serta penggunaan sekurang-kurangnya 30 minit bagi setiap murid dan guru setiap minggu

2.      OBJEKTIF
Objektif utama pelan pemantapan penggunaan VLE 1BESTARINET 2017 ini ialah :
2.1  Mencapai matlamat KPI iaitu penggunaan 100% setiap minggu.
2.2  Menggalakkan murid belajar secara maya walau dimana berada.
2.3  Menggalakkan guru mengintegrasi VLE-FROG dalam pengajaran dan pembelajaran(PdP)  abad ke-21
2.4  Menggalakkan guru memberi tugasan kepada murid melalui VLE-FROG dengan menggunakan aplikasi Frog Assignment
2.5  Mewujudkan budaya penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
2.6  Mengoptimakan penggunaan peranti Yes Altitude yang diterima oleh guru-guru 





























No comments:

Post a Comment