Monday 13 March 2017

PELANCARAN PROGRAM TASK FORCE VLE FROG PERINGKAT SEKOLAH 2017




TARIKH:
20 FEBRUARI 2017

TEMPAT:
DEWAN SK SUNGAI PETANI

ANJURAN:

JAWATANKUASA PROGRAM TASK FORCE VLE FROG
SK SG PETANI



1.      PENGENALAN
Program   ini   dilaksanakan untuk   mewujudkan   suasana   baru   dalam   pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan internet sepenuhnya dengan menggunakan program VLE FROG bagi menyokong pembelajaran abad ke-21.

1.1  VLE   iaitu   Virtual   Learning   Environment   merupakan   komponen perkhidmatan di dalam 1 BestariNet untuk memudahkan guru dan murid berinteraksi secara maya . Perlaksanaan VLE merupakan tunjang utama di sediakan di dalam perkhidmatan   1BestariNet dimana   penggunaan   internet   dilaksanakan   secara   menyeluruh didalam proses pengajaran dan pembelajaran
1.2  Memastikan penglibatan yang menyeluruh di antara semua warga sekolah dalam penggunaan VLE Frog
1.3  Memastikan dan menggalakkan guru dan murid menggunakan platform VLE Frog untuk memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai KPI yang ditetapkan iaitu penggunaan 100% setiap minggu serta penggunaan sekurang-kurangnya 30 minit bagi setiap murid dan guru setiap minggu

2.      OBJEKTIF
Objektif utama pelan pemantapan penggunaan VLE 1BESTARINET 2017 ini ialah :
2.1  Mencapai matlamat KPI iaitu penggunaan 100% setiap minggu.
2.2  Menggalakkan murid belajar secara maya walau dimana berada.
2.3  Menggalakkan guru mengintegrasi VLE-FROG dalam pengajaran dan pembelajaran(PdP)  abad ke-21
2.4  Menggalakkan guru memberi tugasan kepada murid melalui VLE-FROG dengan menggunakan aplikasi Frog Assignment
2.5  Mewujudkan budaya penggunaan ICT dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
2.6  Mengoptimakan penggunaan peranti Yes Altitude yang diterima oleh guru-guru 





























Sunday 12 March 2017

UJIAN PENGESANAN MAC 2017

 

UJIAN PENGESANAN MAC 2017

UJIAN PENGESANAN MAC AKAN DIADAKAN MULAI 13.03.2017(ISNIN) SEHINGGA 15.03.2017(RABU) INI.

BERIKUT ADALAH JADUAL UJIAN PENGESANAN MAC 2017 UNTUK MURID TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6.



KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SUNGAI PETANI 2017






SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI TELAH MENGADAKAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2017. KEJOHANAN SUKAN ITU TELAH DIADAKAN PADA HARI RABU, 8 MAC 2017 DI PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI. KEJOHANAN YANG BERMULA PADA JAM 2.30 PETANG ITU TELAH MEMPERTANDINGKAN 16 ACARA AKHIR YANG DIADAKAN PADA PETANG ITU SEMENTARA 18 ACARA LAGI TELAH DEPERTANDINGKAN PADA HARI SEBELUMNYA. KEJOHANAN SUKAN INI TELAH DIRASMIKAN OLEH GURU BESAR SK SUNGAI PETANI EN. YUSOF BIN ABDULLAH.










HIP LAUNCHING CEREMONY

PANITIA BAHASA INGGERIS SK SUNGAI PETANI TELAH MENGADAKAN PELANCARAN PROGRAM HIP PADA HARI SELASA, 7 MAC 2017 BERTEMPAT DI DEWAN AL-FARABI SK SUNGAI PETANI.
MAJLIS TERSEBUT TELAH DIRASMIKAN OLEH PN HJH. MAHZUN BT JAMALUDIN, PEGAWAI BAHASA INGGERIS DARI PPD KUALA MUDA YAN.