Monday 5 September 2016

UPSR 2016

Hari ini bermula Peperiksaan UPSR bagi tahun 2016 untuk calon-calon Sekolah Kebangsaan. Semoga anak-anak didik kita diberikan ketenangan dalam menjawab soalan-soalan UPSR sepanjang 4 hari ini dan semoga kejayaan menjadi milik mereka. Marilah kita sama-sama mendoakannya. Amin.



Tuesday 23 August 2016

MAJLIS BACAAN YASIN & SOLAT HAJAT 2016

Majlis Bacaan Yasin dan Solat Hajat telah diadakan pada hari Ahad, 21 Ogos 2016 bertempat di Surau SK Sungai Petani. Semua guru dan waris murid tahun 6 dijemput hadir. Semoga murid-murid SK Sungai Petani dapat menjawab dengan baik dan tenang dalam Peperiksaan UPSR yang akan bermula pada 5 September 2016.









Tuesday 1 March 2016

HARI KOKURIKULUM SKSP

          
            SK Sungai Petani akan mengadakan Hari KoKurikulum pada 6 March 2016 (Ahad) dari jam 8.00 pagi hingga 12.30 tengahari. Program ini yang diadakan pada setiap tahun bertujuan untuk menerapkan nilai keusahawanan dalam diri pelajar di samping mengumpul dana untuk keperluan sekolah,
       
             Gerai-gerai jualan pada tahun ini termasuklah gerai laksa, burger, pizza dan kek, gerai ais-krim, bihun sup dan banyak lagi. Selain jualan, program ini juga menyediakan pertandingan mewarna untuk murid Tahap 1 dan perlawanan bola jaring/bola sepak untuk murid Tahap 2.

              Sehubungan itu ibu/bapa, waris pelajar dan bekas-bekas pelajar SK Sungai Petani dijemput untuk memeriahkan lagi program ini.