Wednesday, 16 August 2017
CERAMAH MOTIVASI WARIS DAN MURID TAHUN 6 SESI 2017
Jawatankuasa Guru Tahun 6 dan Unit Bimbingan Kaunseling SKSP telah menganjurkan Ceramah Motivasi Waris dan Murid Tahun 6 Sesi 2017.
Ceramah ini telah diadakan pada hari Ahad, 13 Ogos 2017 bertempat di Dewan Hajjah Ramlah SK Sungai Petani.
Pihak sekolah mengucapkan ucapan terima kasih kepada semua waris yang sudi melapangkan masa untuk hadir dalam majlis ini.
Semoga dengan kerjasama semua pihak anak-anak didik kita yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR dapat menjawab dan mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.
Sunday, 30 April 2017
HARI KEUSAHAWANAN 2017 SK SUNGAI PETANI
SK SUNGAI PETANI AKAN MENGADAKAN HARI KEUSAHAWANAN PADA HARI AHAD 30 APRIL 2017 BERMULA JAM 8.00 PAGI SEHINGGA JAM 12.30 TENGAH HARI BERTEMPAT DI DATARAN SKSP.
PELBAGAI ACARA DAN GERAI JUALAN MENARIK TEDAPAT SEPANJANG HARI KEUSAHAWANAN INI BERLANGSUNG.
DATANGLAH BERAMAI-RAMAI. BAWALAH SEISI KELUARGA. MARILAH KITA MEMBELI SAMBIL MENDERMA.
Thursday, 20 April 2017
SAMBUTAN HARI AUTISME PERINGKAT SEKOLAH
Sambutan Hari Autisme peringkat sekolah telah diadakan pada hari Ahad, 9 April 2017 bertempat di Dewan Al-Farabi SK Sungai Petani. Guru Besar Sk Sungai Petani, Encik Yusof bin Abdullah telah merasmikan Majlis Sambutan Hari Autisme peringkat sekolah pada tahun ini.
Objektif Hari Austisme:
Objektif Hari Austisme:
- Memberi peluang kepada semua anak2 autisme untuk yakin, berani dan kreatif.
- Melatih kemahiran berinteraksi dalam kumpulan.
- Meningkatkan keyakinan peserta/anak untuk berdikari dalam suasana berkumpulan.
- Membuka ruang & peluang untuk ekspresi diri
Monday, 13 March 2017
PELANCARAN PROGRAM TASK FORCE VLE FROG PERINGKAT SEKOLAH 2017
TARIKH:
20 FEBRUARI 2017
TEMPAT:
DEWAN SK SUNGAI PETANI
ANJURAN:
JAWATANKUASA
PROGRAM TASK FORCE VLE FROG
SK
SG PETANI
1.
PENGENALAN
Program ini dilaksanakan untuk mewujudkan
suasana baru dalam
pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan internet sepenuhnya dengan
menggunakan program VLE FROG bagi menyokong pembelajaran abad ke-21.
1.1
VLE iaitu
Virtual Learning Environment
merupakan komponen perkhidmatan
di dalam 1 BestariNet untuk memudahkan guru dan murid berinteraksi secara maya
. Perlaksanaan VLE merupakan tunjang utama di sediakan di dalam
perkhidmatan 1BestariNet dimana penggunaan
internet dilaksanakan secara
menyeluruh didalam proses pengajaran dan pembelajaran
1.2
Memastikan
penglibatan yang menyeluruh di antara semua warga sekolah dalam penggunaan VLE
Frog
1.3
Memastikan
dan menggalakkan guru dan murid menggunakan platform VLE Frog untuk memantapkan
proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai KPI yang ditetapkan iaitu
penggunaan 100% setiap minggu serta penggunaan sekurang-kurangnya 30 minit bagi
setiap murid dan guru setiap minggu
2.
OBJEKTIF
Objektif
utama pelan pemantapan penggunaan VLE 1BESTARINET 2017 ini ialah :
2.1 Mencapai matlamat KPI iaitu penggunaan 100% setiap
minggu.
2.2 Menggalakkan murid belajar secara maya walau dimana
berada.
2.3 Menggalakkan guru mengintegrasi VLE-FROG dalam pengajaran
dan pembelajaran(PdP) abad ke-21
2.4 Menggalakkan guru memberi tugasan kepada murid melalui
VLE-FROG dengan menggunakan aplikasi Frog Assignment
2.5 Mewujudkan budaya penggunaan ICT dalam proses
pembelajaran dan pengajaran.
2.6 Mengoptimakan penggunaan peranti Yes Altitude yang
diterima oleh guru-guru
Sunday, 12 March 2017
UJIAN PENGESANAN MAC 2017
UJIAN PENGESANAN MAC 2017
UJIAN PENGESANAN MAC AKAN DIADAKAN MULAI 13.03.2017(ISNIN) SEHINGGA 15.03.2017(RABU) INI.
BERIKUT ADALAH JADUAL UJIAN PENGESANAN MAC 2017 UNTUK MURID TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6.
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK SUNGAI PETANI 2017
SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI TELAH MENGADAKAN KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN BAGI TAHUN 2017. KEJOHANAN SUKAN ITU TELAH DIADAKAN PADA HARI RABU, 8 MAC 2017 DI PADANG SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI PETANI. KEJOHANAN YANG BERMULA PADA JAM 2.30 PETANG ITU TELAH MEMPERTANDINGKAN 16 ACARA AKHIR YANG DIADAKAN PADA PETANG ITU SEMENTARA 18 ACARA LAGI TELAH DEPERTANDINGKAN PADA HARI SEBELUMNYA. KEJOHANAN SUKAN INI TELAH DIRASMIKAN OLEH GURU BESAR SK SUNGAI PETANI EN. YUSOF BIN ABDULLAH.
Subscribe to:
Posts (Atom)